வாழ்க தமிழ்மொழி

வாழ்க தமிழ்மொழி

HOME

WELCOME TO SJK(T) LADANG GEDONG

5

Sekolah

Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1920 oleh Straits Rubber Company. Bahasa penghantar sekolah ini pada mulanya ialah Bahasa Telegu.
Pada mulanya, sekolah ini dimulakan di sebuah pondok kecil di tepi Sungai Kurau. Pada masa itu, sekolah ini dipimpin oleh seorang Guru Telugu yang dilantik oleh Pihak Pengurus Ladang. Disebabkan oleh pertambahan murid, sekolah ini mula beroperasi di Pejabat Ladang pada masa itu. Diantara tahun 1922 hingga 1925 ramai pekerja telugu telah berpindah dan ramai pekerja tamil telah datang ke ladang ini. Disebabkan oleh itu, bahasa penghantar ditukar dari Bahasa Telugu ke Bahasa Tamil. Segala perbelanjaan yang melibatkan gaji guru, perabot-perabot sekolah , program- progran kemajuan pelajaran dan peperiksaan sekolah ditanggung oleh pihak pengurus ladang. Jabatan Pelajaran Negeri melantik seorang pegawai untuk meyelia sekolah. Kelas-kelas yang dijalankan adalah kelas tadika ,kelas tahun satu hingga empat. Pada akhir tahun 4 peperiksaan akan dijalankan oleh kerajaan.
Pada tahun 1926 sekolah ini mula beroperasi sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan. Pada masa itu, En. Arokiasamy telah dilantik sebagai Guru Besar dan En. Veloo sebagai Guru Penolong Kanan. Pada tahun 1928 En. Michael mengambil alih tugas sebagai Guru Besar.Seterusnya En. Anthonisamy pula menggantikan tempat En. Michael pada tahun 1931.Pada masa pemerintahan Jepun bilangan murid semakin merosot dan hanya tinggal seramai 35 orang murid sahaja. Pada tahun 1946 En. G. Muniandy berkhidmat sehingga bersara pada tahun 1981.Jumlah murid meningkat dan pada tahun 1957 bilangan murid adalah seramai 136 orang.Dua orang Guru Bahasa Inggeris dilantik.Ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Laporan Razak. Pada tahun 1963 bilangan murid adalah seramai 261 dan 13 orang guru.
Memandangakan bangunan sekolah yang sempit dan buruk, Guru Besar,Pihak Pengurus Ladang dan Pengerusi MIC berusaha untuk mendapatkan bangunan baru. Usaha-usaha untuk mendapatkan bangunan baru dimulakan pada tahun 1964 . Usaha ini tidak berjaya kerana tiada peruntukan khas dari kerajaan .Pada tahun 1968 pihak pentadbiran Sime Darby menggantikan pokok-pokok getah diladang dengan pokok-pokok kelapa sawit Ini menyebabkan ramai pekerja terpaksa meninggalkan Ladang. Bilangan murid merosot dan hanya tinggal seramai 130 orang murid dan 5 orang guru sahaja.
Pada tahun 1974 kerajaan telah membeli tapak untuk pembinaan bangunan baru melalui pinjaman wang dari Bank Dunia . Kerja pembinaan bangunan baru dimulakan pada pertengahan tahun 1978 dan siap dibina pada awal tahun 1979. Bangunan baru sekolah mula beroperasi pada 28hb Februari 1979. Bangunan dua tingkat ini mengandungi 6 bilik darjah, pejabat, bilik guru besar,bilik guru, setor,tandas murid lelaki dan perempuan,tandas guru lelaki dan tandas guru perempuan, pusat sumber dan kantin. Disamping itu terdapat juga padang permainan. Bangunan ini lebih selesa dari bangunan lama.Pada tahun 1976 En. R. Mariappen telah dilantik sebagai Guru Besar dan En. P. Ponnambalam menggantikan tempat beliau. Pada tahun 1979 En. Arasu telah dilantik sebagai Guru Besar menggantikan En. P. Ponnabalam. Dalam tahun 1978 En. Arasu telah berpindah ke sekolah lain dan En. K. Vairavan telah dilantik untuk menggantikan tempat beliau.
Pada era tahun 80an terdapat 98 orang murid dan 7 orang guru . Pada 15.4.1988 (11.30 pm) satu kebakaran berlaku.Dalam kebakaran itu pejabat sekolah, bilik Guru Besar,bilik guru,Pusat Sumber dan dua buah bilik darjah di bahagian atas bangunan telah musnah.
Banyak harta benda dan dokumen-dokumen penting telah musnah dalam kebakaran itu. Sementara bangunan yang telah musnah dibaikpulih, bekas bangunan hospital Ladang Gedong digunakan sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran mulai tarikh 18.4.1988. Kerajaan telah meluluskan RM7500.00 untuk memperbaiki bangunan yang telah musnah. Bangunan yang mengalami kebakaran telah dibaik pulih pada tahun 1988.Pada awal tahun 1989 pengajaran dan pembelajaran telah mula di jalankan di bangunan ini.
Pada tahun 1990, bilangan murid sekolah ini ialah 110 orang dan 9 orang guru .

--------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------

KURIKULUM

KURIKULUM

sukan

  • hoki
  • bola baling
  • badminton

Sunday, February 7, 2010